Penjawat Awam, Pesara Terima Bayaran Khas Hari Ini

Penjawat awam dan pesara kerajaan akan menerima bayaran khas pertama mereka pada hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memaklumkan perkara itu ketika menulis dalam Twitternya hari ini.

“Insya-Allah, bayaran khas pertama sebanyak RM1,000 bagi penjawat awam dan RM500 bagi pesara seperti yang saya umumkan dalam #Bajet2018 akan dibayar pada 8 Januari. Moga dapat dimanfaatkan,” tulisnya.

Pada pembentangan Bajet 2018, Najib mengumumkan pembayaran khas “tertinggi” sebanyak RM1,500 kepada 1.6 juta penjawat awam di negara ini.

Bagi pesara, mereka akan menerima bayaran khas sebanyak RM750 seorang.

Pembayaran kedua sebanyak RM500 dan RM250, akan dibuat sebelum Hari Raya Aidilfitri tahun ini. – 8 Januari 2018.