Berak Atas Pusu

Berak atas pusu adalah peribahasa yang masyhur bagi rakyat negeri Kelantan. Ia merujuk kepada sikap 

individu yang mengambil kesempatan atas kebaikan orang lain bagi menunjukkan bahawa dia adalah yang terbaik sedangkan dia tidak berbuat apa pun.

Paling tragis dalam masa individu tersebut memburuk-
burukkan orang yang membuat kebaikan tersebut.

Contohnya, si A telah memberikan wang pada si C untuk membina rumah kerana si C tiada kediaman untuk dia dan anak-anaknya berteduh tetapi apabila rumah tersebut siap si B tiba-tiba muncul dan mengaku dia yang memberikan wang kepada si C.

Bagi meyakinkan orang lain, si C canang seluruh alam
bahawa si B sangat zalim tidak pernah membuat kebaikan walaupun dia kaya raya.

Begitulah juga perihal dalam
berkerajaan.

Sejak berpuluh tahun dulu, pemimpin PAS mencanangkan
bahawa Kerajaan Pusat zalim menindas rakyat Kelantan.

Walhal apa yang diberikan oleh Kerajaan Pusat sudah
terbukti pada hari ini. Kelantan membangun dengan
hebat bersama segala macam projek.

Mungkin apa yang
berlaku ini tidak pelik kerana PAS sentiasa menganggap
UMNO sebagai musuhnya.

Namun dalam kebaikan yang dilakukan oleh individu juga
PAS mengambil kesempatan.

Masih ingatkah kita dengan
Masjid Al-Hussain yang dilancarkan pada 2009.

Alkisahnya, jutawan Koporat Tan Sri Rashid Hussain
menyatakan hasrat untuk membina Masjid dan
mewakafkanya kepada rakyat Negeri Kelantan di Tunjong,
atas tanah seluas 9.4 ekar.

Rashid bersetuju membina sendiri dengan wang beliau
sehingga siap dengan kos sebanyak RM7 juta ketika itu
dan diserahkan kepada MAIK untuk diuruskan.

Tetapi apa berlaku Kerajaan PAS Kelantan tidak bersetuju wang terhadap pengambilan tanah itu dibayar sendiri oleh
Tan Sri Rashid, maka dikeluarkan arahan supaya ia
dibayar melalui PMBK.

Dalam pada itu 14 Sept 2009 Kerajaan Negeri melalui
PMBK telah melancarkan MAJLIS PELANCARAN DAN KUTIPAN DERMA untuk membina Masjid tesebut sedangkan Tan Sri Rashid sendiri sudah bersetuju membiayai sepenuhnya
pembinaan dan pengambilan tanah. (Disini bermulanya aktiviti berak atas pusu untuk LABA POLITIK).

Ramai telah menderma kepada Tabung Pembinaan
Masjid tersebut tapi akhirnya akibat berbagai kerenah
Kerajaan Negeri Kelantan dan PMBK, sehingga ke hari
ini Masjid Al Hussein tidak dapat dibina.

Soalnya, ke mana wang derma itu pergi kerana sehingga
ke hari ini sepi tanpa khabar berita.

Ekoran itu, pada 2012 Rashid telah mengalihkan hasratnya ke Negeri Sembilan, dan tanpa banyak soal pembinaan masjid tersebut siap tersergam indah di
Seremban 2, dan Majlis Akad Wakaf dilakukan bersama MB
Negeri Sembilan pada 24 Oktober 2014, tanpa ada Majlis kutipan Derma.

Daripada apa yang berlaku, pemimpin PAS cuba untuk
mengambil kesempatan ke atas kebaikan yang dibuat oleh Rashid.

Dan yang rugi ialah rakyat. Rakyat juga ditipu kerana sehingga hari ini tidak diumumkan ke mana
menghilang wakaf tersebut.

Inilah penyakit berak atas
pusu yang diamalkan oleh Kerajaan PAS Kelantan sejak
sekian lama.

*Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili Sokmo.Net