Bapa Pembangunan Kelantan

Sejak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengambilalih pentadbiran negara, Kelantan terus menerima layanan istimewa yang tidak pernah diberikan oleh mana-mana Perdana Menteri sebelum beliau.

Buktinya, dalam tempoh tujuh tahun kebelakangan ini,
Ke­lantan mula melalui proses transformasi dalam
pelbagai aspek menerusi limpahan projek infrastruktur
berimpak tinggi yang dibawa masuk oleh kerajaan
Persekutuan.

Di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10), sebanyak
RM5.36 bilion diperuntukkan untuk me­laksanakan 715
projek pemba­ngunan di negeri itu.

Namun di bawah RMK-11,
peruntukkan tersebut bertambah dua kali ganda iaitu RM12.91 bilion bagi membiayai 338 projek pembangunan di seluruh negeri.

Dan rakyat mendapat limpahan rahmat tersebut dapat dirasai apabila sebanyak 16 projek berimpak tinggi sedang dilaksanakan di negeri itu dengan peruntukan
sebanyak RM2.81 bilion.

Selain itu, terdapat tujuh lagi projek berimpak tinggi
akan dilaksanakan bermula tahun depan dengan
peruntukan sebanyak RM1.18 bilion.

Ini tidak termasuk
projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang bernilai RM5 bilion daripada keseluruhan kos RM55
bilion bagi pembinaan landasan 70 ki­lometer dan lima buah stesen.

Antara projek berimpak tinggi yang sedang dalam pembinaan ialah:

1) Lebuh Raya Kota Bharu – Kuala Krai

2) Jalan Bypass Pasir Mas

3) Persimpang­an bertingkat lintasan kereta api Tanah
Merah

4) Pemuliharaan Landasan Pantai Timur

5) Pembinaan kampus Universiti Malaysia Kelantan (UMK) di Bachok dan Jeli

6) Hospital Kuala Krai

7) Hospital Bachok

8) Ibu pejabat Polis Daerah Pasir Mas

9) Bangunan Gunasama Tunjong

Projek yang bakal dilaksanakan ialah:

1) Pembesaran Lapangan Terbang Sultan Yahya Petra

2) Jejambat bulatan Wakaf Bharu

3) Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Ketereh

4) MRSM Tanah Merah

5) Jalan baharu di Tanah Merah.

Dan semua ini tidak akan datang bergolek jika tiada
penggeraknya. Ini adalah kerja kuat Menteri
Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri
Mustapa Mohamed yang mahu memastikan Kelantan tidak terus ketinggalan dari negeri-negeri di Pantai Barat.

Berdasarkan sumbangan tersebut, Ahli Parlimen Jeli
yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Lanas
itu layak digelar ‘Bapa Pembangunan Kelantan’.

Walaupun tidak menang dalam pilihan raya, Barisan
Nasional (BN) tetap mengotakan janji dibuat dan ini sebenarnya adalah hasil permintaan Mustapa yang ingin melihat Kelantan maju sebagaimana negeri lain.