Pembangkang Parti Bermusim, Muncul Pada Pilihan Raya

Parti pembangkang merupakan pakatan bermusim yang hanya muncul apabila ada pilihan raya, kata Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Azlan Man.

Justeru beliau mengingatkan rakyat agar tidak mudah terpengaruh dengan pelbagai bentuk retorik pembangkang.

Katanya, pembangkang tidak mampu memenuhi janji PRU yang dibuat sebaliknya lebih gemar mencari isu sensasi bagi meraih simpati dan sokongan yang memecahbelahkan rakyat.

“Mereka (pembangkang) sebenarnya tiada agenda dan sebab itu berterusan meracuni pemikiran  rakyat khususnya menjelang PRU yang semakin hampir.

“Kita (kerajaan Barisan Nasional) tidak mengabaikan hak rakyat malah melaksanakan pelbagai program untuk faedah mereka sepanjang tahun, bukan bermusim,” katanya.

Tambahnya, pembangkang tidak ada agenda cuma cuba meracuni fikiran rakyat membenci kerajaan. – 25 Januari 2018.