BN Perkenal SOP Tangkis Fitnah Pembangkang

Barisan Nasional (BN) memperkenalkan prosedur operasi standard (SOP) yang menetapkan tempoh maksimum selama empat jam bagi memberi maklum balas terhadap penyebaran berita palsu.

Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa berkata, SOP itu dibuat bagi menangkis segala berita berunsur fitnah yang dilemparkan oleh pembangkang.

“Kita akan menyemak kesahihan setiap berita palsu yang sampai kepada kita dengan mana-mana pihak berwajib. Dalam tempoh empat jam, kita akan menjawab semula serta membuat pembetulan.

“Ini bukan sesuatu yang mudah, tetapi kita akan cuba penuhi SOP ini supaya kita dapat memberi pembetulan dengan segera kepada pengguna media baru khususnya,” katanya. – 27 Januari 2018.