Sabotaj PRU Politik Murahan

Cubaan mensabotaj Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) adalah satu kempen atau usaha yang tidak wajar dan disifatkan sebagai politik murahan.

Segala kempen ke arah mensabotaj Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) adalah satu usaha yang tidak wajar dan disifatkan sebagai politik murahan.

Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, rakyat sekarang sudah bermaklumat dan pandai untuk membuat pilihan masing-masing.

“Kita boleh tidak sependapat dengan individu atau dengan parti yang kita lawan tetapi kita tidak boleh melawan sistem demokrasi negara kerana sistem ini dibentuk oleh rakyat.

“Kalau tidak berpuas hati atau ragu, boleh guna saluran yang disediakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) atau guna kaedah mana yang boleh kita ikut,” katanya pada Program Jualan Sentuhan Rakyat di Yayasan Kemiskinan Kelantan (YKK), di peringat Kelantan hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai kempen antiPRU14 yang tular di laman sosial dengan mesej #UndiRosak atau #SpoiltVote, dan #ProtesPRU.

Dalam pada itu, Annuar berkata, pihaknya yakin usaha mensabotaj PRU14 itu adalah daripada mereka yang tidak mendapat kepercayaan dan sokongan rakyat.

“Di pihak Barisan Nasional (BN), kita mengikut kehendak Presiden kita supaya memberi tumpuan dalam memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat,” katanya. – 27 Januari 2018.