Manifesto Dirangka Berdasarkan Suara Rakyat

Manifesto Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) dirangka berdasarkan suara rakyat dan kini dalam peringkat akhir proses perincian mengenainya.

Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, manifesto itu pastinya lebih berdinamik dan bakal mengejutkan pihak pembangkang.

Katanya, BN lebih fleksibel dalam menyusun agenda jangka masa panjang untuk menghadapi cabaran 30 tahun ke hadapan.

“Setakat ini, kita di peringkat akhir penggubalan manisfesto yang dibuat berdasarkan suara rakyat kerana kita mesti sensitif terhadap kehendak rakyat dan tidak boleh membuat sesuatu dengan mengenepikan rakyat.

“Manifesto ini juga bukan dibuat secara mikro sahaja tetapi kita akan melihat secara terperinci apa aspirasi rakyat di setiap negeri,” katanya.

Dalam pada itu, Annuar berkata, pihaknya turut menyeru rakyat supaya tidak menyalahgunakan PRU kali ini sebagai cara untuk membalas dendam.

“Sebaliknya kita perlu bersama-sama  membentuk kerajaan yang kuat menghadapi pasca 2020.

“Saya tegaskan BN sudah bersiap sedia melonjak tamadun memperkenalkan kaedah bukan konvensional’ dan membuktikan kepada pembangkang kerajaan sanggup lakukan apa yang pembangkang tidak sanggup buat demi kepentingan rakyat,” katanya. – 28 Januari 2018.