Harga Petrol, Diesel Naik

Harga petrol dan diesel bagi minggu pertama untuk Februari naik 2 hingga 3 sen.

Harga baharu itu menyaksikan RON95 naik 2 sen menjadi RM2.31, RON97 naik 2 sen menjadi RM2.58, manakala diesel naik 3 sen menjadi RM2.34.

Kenaikan itu adalah bagi tempoh 1 hingga 7 Februari.

Kementerian Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan akan mengumumkan harga baharu petrol dan diesel setiap Rabu. – 31 Januari 2018.