Mayat Ditemui Berulat

Gambar hiasan

Mayat seorang lelaki ditemui berhampiran tapak projek perumahan di Wakaf Mek Zainab, Kota Bharu pagi ini dalam keadaan berulat dan berbau.

Mayat berkenaan ditemukan dalam sebuah kereta di tempat duduk pemandu.

Ia dijumpai oleh Ketua Perhubugan Rela Kota Bharu, Baharuddin Che Mat, ketika sedang menjalankan tugas kawalan di kawasan Tapak Perumahan Prima pada jam 9.20 pagi.

Pihak polis sedang menjalankan siasatan berhubung  kejadian tersebut. – 31 Januari 2018.