PAS Kelantan Nafi Senarai Calon Tular

Senarai calon cadangan formula kemenangan PAS Kelantan yang merangkumi 45 nama bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan 14 nama untuk Parlimen yang akan dipertandingkan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) tersebar di laman sosial sejak semalam.

Bagaimanapun, senarai yang kononnya menjadi formula kemenangan PAS kekal berkuasa di Kelantan pada PRU14 itu dinafikan oleh kerajaan PAS Kelantan.

Timbalan Menteri Besar Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, PAS belum memuktamadkan calon yang akan bertanding pada PRU14 dan penularan itu dilakukan oleh mereka yang ‘tiada kerja’.

“Sesiapa sahaja boleh tularkan apa-apa senarai termasuk calon Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.

“Kita sudah siapkan calon-calon cadangan iaitu tiga nama bagi setiap kerusi tetapi senarai yang tular itu bukan daripada kami.

“Sekarang ini keutamaan kita pertahankan Kelantan dahulu, calon dipilih dari yang berpotensi menang dan selepas itu baru kita fikir siapa hendak dilantik jadi Exco,” katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri hari ini.

Dalam senarai tersebut, Mohd. Amar turut tersenarai sebagai calon PAS yang akan bertanding di kerusi Parlimen Pengkalan Chepa.

Mengikut senarai yang tular itu juga, beberapa penyandang digugurkan termasuk Exco tunggal wanita dalam kerajaan negeri iaitu Mumtaz Md. Nawi digugurkan daripada bertanding sebarang kerusi. – 31 Januari 2018.

Berikut adalah senarai tersebut yang tular di laman sosial:

DUN:

1. Pengkalan Kubur: Wan Roslan Wan Hamat
2. Kelaboran: Dato Che Abdullah Mat Nawi (YB Zaki gugur)
3. Pasir Pekan: Dato Ahmad b Yakob
4. Wakaf Bharu: Rosli b Abdullah
5. Kijang: Khairiah bt Mohamed (YB Ubaidah gugur)
6. Chempaka: Us Ahmad Fathan Mahmod
7. Panchor: Dr Izani b Hussin ( D Mohd Amar ke Parlimen)
8. Tanjong Mas: Us Noor Azariza b Mohd Alawi/D Takiyudin (Yb Ruhani gugur)
9. Kota Lama: D Anuar Tan Abdullah
10.Bunut Payong: D Takiyuddin Hassan/ Us Noor Azariza (Dr Ramli ke Demit)
11.Tendong: Rozi b Muhammad
12.Pengkalan Pasir: Nik Abduh Nik Abdul Aziz /D Hanifa Ahmad
13.Chetok: Zuraidin Abdullah (YB A Halim gugur)
14.Meranti: Us Mansor Hj Daud (YB D Nasarudin ke Parlimen)
15.Gual Periuk: Siti Zailah bt Mohd Yusof / Zamakhsari b Muhammad (Yb Us Muhamad gugur)
16.Bukit Tuku: Us Zamri b Yusof ( Yb A Rasul gugur)
17.Salor: Mohd Nuri Yaakub/ Us Asri Daud
18.Pasir Tumbuh: Ab Rahman Yunus
19.Demit: Dr Ramli b Mamat (Yb Mumtaz gugur)
20.Tawang: Marzukh b Saari (Yb Us Hasan ke Parlimen)
21. Perupuk: Huzaimi b Hussin
22.Jelawat: Haji Mohd Amizul Fazly (Hj Joe) (Yb A Aziz gugur)
23.Melor: Dr Yusnan b Yusof
24.Kadok: Azami b Mohd Noor
25.Kok Lanas: Nik Mahadi b Nik Mahmood
26.Bukit Panau: Mohd Nazir b Yusoff ( Yb D A Fatah ke Parlimen)
27. Gual Ipoh: Razali b Yusof
28.Kemahang: Mejar (B) Anizam Abdul Rahman
29.Selising: Tuan Saripudin
30.Limbongan: Mohd Nazlan b Mohd Hasbullah
31.Semerak: Us Fadli b Sulaiman
32.Gaal: Yuganu b Yunus
33.Pulai Chondong: Ab Kadir b Muhamad
34.Temangan: Dr Mohd Fadzli b Hasan
35.Kemuning: Us Mohd Roseli Ismail
36.Bukit Bunga: Ramzi b Yusoff
37.Ayer Lanas: Abdullah Hasyim b Abdul Rasyid
38.Kuala Balah: Hj Mohd Apandi b Mohamad
39.Mengkebang: Dr Abdul Basit Ab Rahman / masih belum dpt persetujuan Dr Nasir ( Yb A Latif gugur)
40.Guchil: Mohd Zaki Idris
41.Manek Urai: Mohd Fauzi Abdullah
42.Dabong: Ku Zaki b Hussin
43.Nenggiri: Belum Putus
44.Paloh: Suhaimi Mat Deris
45.Galas: Abdullah b Hussin

PARLIMEN :

1. Tumpat: D Ahmad B Yacob
2. Pengkalan Chepa: D Mohd Amar b Nik Abdullah
3. Kota Bharu: Dr Nazmi Ghazali Azmi
4. Pasir Mas: Hanifa Ahmad / Nik Abduh Nik Abdul Aziz / Fadli Saari
5. Rantau Panjang: D Nasaruddin Daud
6. Kubang Kerian: D Tuan Ibrahim Tuan Man
7. Bachok: Us Hassan Mahmod / Nasaruddin Tantawi
8. Ketereh: Wan Rohimi b Wan Daud
9. Tanah Merah: D Abdul Fatah Mahmood
10.Pasir Puteh: Nik Muhamad Zawawi Nik Salleh ( YB N Mazian gugur)
11.Machang: Zulkifli Mamat
12.Jeli: D Abdullah Yaacob
13.Kuala Krai: Hilmi b Abdullah
14.Gua Musang: Us Azman b Ahmad