PM Lancar Felda 2.0

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan inisiatif Felda 2.0.

Ia merupakan proses intervensi sosioekonomi bagi memberi nafas baharu dalam merancakkan aktiviti ekonomi sekali gus memastikan generasi muda kekal berbakti di Felda.

Objektif  Felda 2.O adalah merancakkan aktiviti keusahawanan di kawasan rancangan dan melatih jaguh tempatan dalam pelbagai bidang.

“Ia juga bagi menyusun ekonomi supaya kurang kebergantungan kepada pertanian, memastikan 30 peratus daripada generasi baharu kekal di tanah rancangan dan mewujudkan peluang pekerjaan bernilai tinggi iaitu sekurang-kurangnya RM1,500 sebulan,” katanya pada Majlis Pelancaran Felda 2.0 di Felda Lurah Bilut Bentong, Pahang hari ini.

Objektif Felda 2.0 untuk menjadikan kawasan Felda sebagai tempat tumpuan masyarakat luar. – 4 Februari 2018.