Agong Berangkat Hari Kedua Mesyuarat Majlis Raja-raja

Gambar Bernama

Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V hari ini berangkat menghadiri hari kedua Mesyuarat Ke-248 Majlis Raja-Raja di Istana Negara di sini.

Baginda diiringi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Mesyuarat yang bermula semalam itu dipengerusikan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Almarhum Tuanku Munawir.

Turut berangkat hadir ialah semua Raja-Raja Melayu kecuali Pahang dan Johor.

Pahang diwakili Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah manakala Johor diwakili Tunku Temenggong Johor Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim.

Pada mesyuarat itu, Raja-Raja Melayu diiringi menteri besar masing-masing manakala Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Sarawak, Sabah dan Melaka diiringi oleh ketua menteri masing-masing. – Bernama, 8 Februari 2018.