Pakatan Harapan Masih Kelam-Kabut

Kegagalan Pakatan Harapan yang didalangi DAP gagal mencapai kata sepakat berhubung soal pengagihan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di beberapa negeri khususnya Selangor membuktikan gabungan tersebut sebenarnya tidak bersedia menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Dalam masa sama, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Shahidan Kassim turut mempersoalkan pakatan tersebut bagaimana untuk mentadbir negara jika soal berkenaan masih tidak selesai dan sehingga hari ini masih kelam-kabut.

“Bagaimana hendak pikat hati rakyat, sedangkan diri sendiri (Pakatan Harapan) pun sudah kelam-kabut. Sepatutnya mereka sudah bersiap-siaga kerana ini adalah pilihan raya dan penentuan untuk membina sesebuah kerajaan.

“Untuk memerintah ini mestilah bertunggakkan perancangan dan persediaan yang kukuh bukan main tangkap muat sahaja,” katanya ketika ditemui hari ini.

Beliau mengulas kegagalan Pakatan Harapan diketuai DAP yang sehingga kini masih gagal mencapai kata sepakat berhubung soal pengagihan kerusi DUN untuk bertanding dalam PRU-14.

Selain Selangor, beberapa negeri seperti Negeri Sembilan, Perlis dan berapa buah negeri lain juga mengalami masalah sama. – 10 Februari 2018.