PRU14, “Bila You Mau?” Soal Najib Semula

“Bila you mau?”, demikian soal Datuk Seri Najib Tun Razak semula selepas ditanya mengenai tarikh Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang perlu diadakan pada tahun ini.

Najib ditemui pemberita ketika menghadiri sambutan Tahun Baru Cina MCA di Wisma MCA di Ampang, Kuala Lumpur hari ini.

Teka-teki atau ramalan mengenai tarikh PRU14 mengisi ruang perbincangan orang ramai sejak tahun lalu namun, semuanya meleset sama sekali.

Sehingga awal bulan ini Najib membayangkan PRU14 akan diadakan sebelum umat Islam menunaikan haji pada Julai.

Mandat penggal ini hanya berakhir pada Jun depan.

Parlimen akan terbubar dengan sendiri sekiranya ia tidak dibubarkan sebelum 24 Jun dan pilihan raya perlu diadakan dalam tempoh 60 hari iaitu sebelum akhir Ogos. – 16 Februari 2018.