Dia Ajar Saya Jadi Kurang Ajar Kata Nazri Kepada Mahathir

Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menyifatkan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai seorang penipu paling besar di negara ini.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu berkata, Mahathir banyak melakukan perkara yang beliau sendiri larang sewaktu menjadi Perdana Menteri.

“Dr. Mahathir jangan hendak menipu, saya tahu semua perkara. Dahulu, sewaktu saya menjadi menteri selama lima tahun, dia ajar saya kita perlu buat sesuatu untuk bangsa Melayu, semua dia nasihat saya.

“Termasuk hari ini, kalau saya kurang ajar, dia ajar saya jadi kurang ajar. Jadi, jangan hendak marah saya. Kalau kita berguru dan guru itu buat perkara yang dahulu dia pesan pada kita jangan buat, sudah tentu anak murid akan mengamuk,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan peserta pada Program Bicara Minda dan Sesi Dialog anjuran UMNO Bahagian Kuala Krai.

Selain Mohamed Nazri, Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub sebagai ahli panel bagi program tersebut. – 17 Februari 2018.