Azmi Cedera Tulang Belakang

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali disahkan mengalami kecederaan tulang belakang minggu lepas.

Sehubungan itu beliau akan berehat seketika daripada tugasan rasminya.

Pengarah Komunikasi Strategik Pejabat Menteri Besar Yin Shao Loong dalam kenyataan berkata, Azmin kini sedang menjalani rawatan terapi tulang belakang dan perlu berehat secukupnya.

“Menteri besar kini sedang menjalani rawatan fisioterapi, selepas disahkan mengalami kecederaan tulang belakang ‘annular tear of spinal disc’.

“Beliau mengalami kecederaan itu minggu lalu ketika sedang membersihkan rumahnya dan mengalihkan perabot untuk menyambut kehadiran cucu sulungnya,” katanya di Shah Alam, hari ini.

Katanya, Azmin akan kembali bertugas seperti biasa selepas kecederaan yang dialami pulih sepenuhnya. – 25 Februari 2018.