BR1M Fasa Kedua, Ketiga Jun Dan Ogos

Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bagi fasa kedua dan ketiga akan dibuat pada Jun dan Ogos ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Saya tahu ramai tanya pasal BR1M. Sukacita saya umumkan bahawa bayaran pertama BR1M akan dibayar mulai Isnin ini, dan bayaran seterusnya pada Jun dan Ogos nanti.

“Bagi sesiapa yang ingin semak status, boleh ke ebr1m.hasil.gov.my,” katanya menerusi catatan di laman Twitter beliau. – Bernama, 25 Februari 2018.