Angin Perubahan Melanda Pengundi Cina

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Shahidan Kassim percaya angin perubahan sedang melanda masyarakat Cina yang dijangka kembali menyokong Barisan NAsional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Beliau berkata, situasi itu dapat dilihat apabila pengundi Cina sudah bosan dengan pembangkang yang jelas tidak mampu membela nasib mereka.

Katanya, tindakan pengundi Cina beralih arah dalam dua pilihan raya terdahulu bukan disebabkan mereka tidak suka kepada BN sebaliknya telah terpengaruh dengan hasutan pembangkang.

“Saya sudah mengepalai banyak pilihan raya sebelum-sebelum ini, namun kali ini saya lihat sokongan masyarakat Cina sudah berlainan. Mereka dilihat ikhlas untuk kembali bersama BN.

“Situasi tersebut tidak mustahil berlaku dan kalau kita ingat pada tahun 1999 di mana ketika itu berlaku gelombang politik namun pengundi Cina tetap memberi sokongan kepada BN,” katanya. – 26 Februari 2018.