PAS Kelantan Belum Bincang Talak Tiga Dalam Baiah

PAS Kelantan belum memutuskan sama ada cerai talak tiga akan dikekal atau sebaliknya dalam baiah calon wakil rakyat mereka yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) ini.

Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, perkara tersebut belum dibincang di peringkat negeri.

“Secara rasmi masih belum bincang lagi. Benda ini biasanya Pesuruhjaya PAS negeri yang akan buat keputusan.

“Di Kelantan ini sama ada nak tambah atau tidak kena rujuk Pesuruhjaya,” katanya.

Badan tertinggi PAS itu memuktamadkan baiah perlu kepada semua calon wakil rakyat yang bertanding pada PRU14.

Bagaimanapun, mengenai penambahan kandungan termasuk cerai talak tiga terlebih dahulu perlu dikemukakan kepada majlis tersebut. – 1 Mac 2018.