Agong Rasmi Sidang Parlimen

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V berkenan merasmikan istiadat pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Parlimen Ke-13 di Bangunan Parlimen hari ini.

Keberangkatan tiba Seri Paduka pada pukul 10.42 pagi disambut oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri S. A. Vigneswaran.

Turut menyambut ketibaan Seri paduka ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak serta Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Persidangan Dewan Rakyat dijadualkan berlangsung selama 20 hari bermula hari ini hingga 5 April sementara Dewan Negara dari 16 April hingga 30 April depan.

Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Parlimen Ke-13 merupakan sidang yang terakhir sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) diadakan. – 5 Mac 2018.