Kakak Annuar Musa Meninggal Dunia

Kakak kepada Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Tan Sri Annuar Musa, meninggal dunia di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) malam tadi.

Fauziah Musa, 73, meninggal dunia kira-kira jam 10 malam selepas dua minggu tidak sedarkan diri dan dirawat Unit Rawatan Rapi (ICU) HUSM.

Menurut anak sulungnya, Fuzilah Hasan, 54, arwah dimasukkan ke ICU sejak dua minggu lalu akibat serangan strok.

“Selama dua minggu di HUSM, arwah tidak sedarkan diri dan dalam keadaan koma sebelum menghembuskan nafas terakhir di sisi keluarga malam tadi,” katanya.

Sementara itu, Annuar berkata, jenazah arwah akan disembahyangkan di Masjid Tok Guru Haji Musa, Bukit Marak pada pukul 11 pagi ini. – 7 Mac 2018.