Kerajaan Naik Taraf Masjid Al-Ubudiah Machang

Kerajaan Persekutuan memperuntukkan kira-kira RM400,000 untuk projek menaiktaraf serta meningkatkan infrastruktur Masjid Al-Ubudiah Batu 23 Machang, Kelantan.

Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Ahmad Jazlan Yaakub berkata, kerja-kerja terbabit telah bermula sejak tahun lalu dan dijangka siap tidak lama.

“Kerja menaiktaraf masjid ini telah bermula sejak tahun lalu. Bangunan baharu dibina ini mampu memuatkan jemaah sehingga 800 orang dalam satu masa.

“Masjid ini bukan sahaja kegunaan penduduk setempat, malahan menjadi tumpuan orang ramai terutama pengguna Jalan KotaBharu-Kuala Krai,” katanya.

Dalam pada itu , Ahmad Jazlan memberitahu, Kerajaan Persekutuan telah meluluskan permohonan pembinaan baharu dan membaik pulih hampir 10 buah masjid dan madrasah di seluruh Parlimen Machang dalam tempoh lima tahun ini.

“Dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini, lebih RM10 juta telah diperuntukkan bagi tujuan itu yang menyediakan kemudahan beribadah kepada orang ramai. – 10 Mac 2018.