Pembangkang Akui Sukar Kalahkan BN

Pakatan Pembangkang tidak menolak kesukaran untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang sudah lama bertapak di negara ini pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Presiden Pakatan Harapan, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata, justeru mereka (pembangkang) mengharapkan semua komponen parti dalam Pakatan Harapan bersatu meningkatkan semangat juang untuk berdepan dengan pihak lawan.

“BN menang sebab mereka bersatu, oleh tu kita pun perlu bersatu dan sudah tiba masanya. Jika bukan sekarang (PRU-14), bila lagi,” katanya.

Belikau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra Wanita Kelantan bersama Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail di Kota Bharu, Kelantan hari ini.

Beliau berkata, semangat bersatu menjadi kunci utama dalam mencorakkan masa depan rakyat.

“Sekarang kita nak fikir masa depan. Kalau Datuk Seri Anwar Ibrahim nak berdendam dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad dah lama dah, tetapi sekarang kita lain kerana kita bersama,” katanya. – 10 Mac 2018.