Ibrahim Sah Tanding PRU14

Presiden Perkasa Datuk Dr. Ibrahim Ali sekali lagi akan mempertaruhkan dirinya dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) ini.

Belum pasti atas tiket apa, beliau kini mempunyai dua pilihan iaitu, sama ada Parlimen Pasir Mas atau Parlimen Rantau Panjang.

Dengan penuh yakin, Ibrahim memberitahu, mempunyai kelebihan di dua kawasan tersebut dan percaya rakyat akan saling membantu sekiranya beliau bertanding di situ.

“Saya yakin dapat beri perhatian yang saksama dengan 3,000 jentera yang ada.

“Saya akan bertanding tetapi parti yang akan menjadi pilihan masih  rahsia, saya akan umum selepas Dewan Rakyat dibubarkan,” katanya.

Pada PRU13 Ibrahim yang bertanding menerusi tiket Bebas di kerusi Parlimen Pasir Mas tewas kepada calon PAS Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.

Beliau pernah memenangi kerusi tersebut pada 1986 atas tiket UMNO dan 1990 ketika bersama Semangat 46 pada 1995.

Beliau bagaimanapun tewas pada 1999 dan 2004, sebelum menang semula di kerusi sama pada 2008 di bawah tiket PAS. – 12 Mac 2018.