PRU14 Masa Terbaik Rakyat Memacu Perubahan

Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) merupakan masa terbaik untuk rakyat Kelantan melakukan transformasi bagi memilih kerajaan yang lebih berdinamik dan berinovatif.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, selama 28 tahun kerajaan PAS diberi mandat memerintah negeri itu namun mereka gagal menunaikan amanahnya dengan baik.

“Realitinya kerajaan negeri lemah, tak berdaya untuk tunai amanah yang diberikan rakyat Kelantan.

“Kita tak sanggup menganiaya rakyat Kelantan dan membiarkan mereka terus terpinggir,” katanya.

Mustapa berkata, beliau ingin melihat Kelantan berada di barisan hadapan dan berharap hasrat tersebut dapat dicapai dengan sokongan semua pihak. – 12 Mac 2018.