BN Dijangka Umum Senarai Calon Awal

Barisan Nasional (BN) dilaporkan bakal mengumumkan kesemua calonnya yang bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lebih awal daripada hari pencalonan.

Menurut laporan News Straits Times yang memetik daripada sumbernya, ia akan memecah tradisi yang tidak pernah dilakukan sebelum ini susulan semangat pilihan raya yang disebut sebagai “ibu segala pilihan raya”.

“Bagaimanapun kali ini, ia akan dilakukan lebih awal,” kata laporan itu yang memetik sumbernya.

Menurut News Straits TImes lagi, MCA, Gerakan dan MIC sudah menamakan 15 calon PRU14 namun UMNO tidak pernah mendedahkan senarai calon mereka lebih awal.

Difahamkan, calon BN pada pilihan raya kali ini juga sudah dimuktamadkan.

Semalam akhbar melaporkan parlimen mungkin dibubar lebih awal iaitu pada akhir Mac atau awal April bagi memberi laluan kepada PRU14.

Menurut sumber, pembubaran awal Parlimen berdasarkan kepada pembentangan usul persempadanan semula kawasan pilihan raya yang dijadualkan pada 29 Mac tapi diawalkan.

Usul tersebut dijangka dibentang di Dewan Rakyat  seawal 19 Mac atau selewatnya pada 26 Mac ini.

Persidangan penggal keenam Dewan Rakyat dijadual berakhir 5 April ini. – 13 Mac 2018.