Pemimpin Dapat Undi, Rakyat Berdepan Masalah Air

Datuk Seri Najib Tun Razak menyindir kerajaan PKR Selangor yang gagal menyelesaikan krisis air di negeri itu meskipun mendapat undi dan kepercayaan daripada rakyat pada pilihan raya lalu.

Perdana Menteri secara sinis berkata, pemimpin parti pembangkang itu mendapat undi di Selangor tetapi membiarkan rakyatnya berdepan dengan masalah tersebut.

Beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) mempersoalkan bagaimana keperluan asas seperti itu tidak mampu diselesaikan tetapi bercita-cita ingin mentabdir negara.

“Semalam Menteri Besar Selangor cuba mengaitkan hutang negara dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tetapi masalah air di sana (Selangor) lebih kritikal. Kita belum rugi (1MDB) kita ada aset lebih pada hutang.

“Selangor ini beri undi kepada Pakatan Harapan, Pakatan Harapan dapat undi, biarkan rakyat tidak mandi… Soal air ini pun tidak boleh selesai. Bagi peluang kepada kita di Selangor, kita akan selesaikan masalah ini,” katanya. – 14 Mac 2018.