PM Umum Manifesto 7 April, PRU14 Dijangka Awal Mei

Barisan Nasional (BN) dijangka mengumumkan manifesto mereka 7 April ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang akan melancarkan manifesto itu di Stadium Putra, Bukit Jalil.

Menurut laporan BH yang memetik sumber berkata, Najib yang juga Pengerusi BN akan mengumumkan manifesto berkenaan dihadapan ribuan penyokong BN dari seluruh negara.

Semua pemimpin komponen BN termasuk dari Sabah dan Sarawak juga dijangka hadir pada majlis berkenaan.

Pada PRU13 Najib melancarkan manifesto BN di tempat yang sama pada 6 April 2013 iaitu 28 hari sebelum hari mengundi.

Mengambil kira perkembangan itu, PRU14 berkemungkinan besar akan diadakan pada akhir April atau awal Mei depan. – 14 Mac 2018.