Mahfuz Pilih PAN

Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar hari ini secara rasmi mengesahkan memilih PAN selepas meninggalkan PAS sejak tiga bulan lalu.

“Saya umumkam tamat sebagai ahli parlimen bebas serta akan menyertai AMANAH (PAN) untuk bersama rakan-rakan dalam Pakatan Harapan untuk bawa perubahan kepada Malaysia” katanya.

Mahfuz adalah bekas Naib Presiden PAS menyertai parti Islam itu sejak lebih 30 tahun lalu.

Beliau mengisytiharkan keluar PAS akhir tahun lalu selepas dikatakan gagal menjadi penghubung antara gabungan pembangkang dan PAS.

Selain Mahfuz, turut mengambil tindakan sama ialah isteri beliau, Datin Ruswati Jaafar, 58, dan anak mereka, Siti Nur Syahidah, 30.

Seorang lagi anak beliau, Muhammad Mujaheed, 35, sudah keluar parti setahun lalu. – 15 Mac 2018.