TPM Hadir Program Himpunan Pemimpin Bersama Rakyat Di Kelantan

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hadir untuk lawatan kerja sehari di Kelantan hari ini.

Beliau yang diiringi isteri tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) pada jam 8 pagi disambut oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Ahmad Zahid dijadual menghadiri tiga acara rasmi sempena lawatannya kali ini iaitu menghadiri Majlis Bantuan Sara Hidup Petani dan Nelayan di Bachok sebelum ke Pasir Puteh untuk Majlis Pemimpin Bersama Rakyat.

Di Bachok Timbalan Perdana Menteri disambut oleh lebih 10,000 rakyat yang sedia menunggu kehadirannya sejak awal pagi.

Selepas solat Jumaat, Timbalan Perdana Menteri akan ke acara terakhir iaitu Program Pemimpin Bersama Rakyat di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanah Merah 1.

Terdahulu, sebaik tibanya di Kelantan pagi ini beliau sempat mengunjungi bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rungkup, Datuk Saarani Mohamad di kediamannya di Berek 12. – 16 Mac 2018.