Sebahagian Bangunan Forensik HKL Terbakar

Sebahagian bangunan Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN) Hospital Kuala Lumpur (HKL) terbakar kira-kira 12.15 tengah hari tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kuala Lumpur memberitahu, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira 12.30 tengah hari dan empat jentera ke lokasi kejadian bagi mengawal kebakaran.

Tinjauan Bernama mendapati loceng kecemasan masih lagi dibunyikan dan kakitangan hospital terus mengeluarkan pesakit-pesakit dari Jabatan Kecemasan ke kawasan lapang dan selamat.

Pengarah Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Khirudin Drahman turut dilihat berada di lokasi kejadian dan dijangka mengadakan sidang media di sini. – Bernama, 17 Mac 2018.