Mayat Warga Emas Ditemui Hampir Mereput

Mayat seorang lelaki warga emas ditemui hampir mereput dan berbau di dalam sebuah rumah tinggal di Kampung Medai Menanti, Selising, Pasir Puteh Kelantan.

Mayat Rusili Che Kob, 59, yang juga orang kurang upaya (OKU) ditemui kira-kira pukul 3 petang semalam oleh penduduk kampung berkenaan sebelum membuat laporan polis mengenai penemuan itu.

Menurut anak saudaranya, Mohd. Faris Mat Hassan, 28,  Mohd. Rusili  tidak mempunyai rumah dan lebih gemar tinggal seorang sendiri.

 “Dia memang tinggal seorang diri, berulang alik antara Gunong, Bachok dan Kampung Kedai Menanti dan biasa tidur di wakaf atau di rumah tinggal.

“Dia lebih selesa begitu, dia tidak tinggal bersama keluarga,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik, Hospital Tengku Anis malam tadi.

Jenazah Mohd. Rusili dituntut ahli keluarga jam 9.30 malam tadi untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kedai Menanti. – 18 Mac 2018.