PAS Tempelak Parti Politik Minta Tolong Orang Luar Nak Lawan BN

PAS secara sinis menempelak parti yang cuba mengheret kuasa asing mencampuri urusan politik negara bagi mengalahkan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, ada parti mengaku berani hendak lawan BN tetapi minta tolong pihak asing.

“Kita tidak jemput negara dan kuasa asing untuk campur tangan urusan politik negara kita, ada parti tidak berani tetapi kata berani, nak lawan BN minta tolong orang luar, media asing dan pihak asing,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis ceramah sempena 10 tahun PAS berada dalam kerajaan negeri Selangor di Shah Alam, malam tadi.

PAS turut mengulangi hasratnya untuk menjadi penasihat kepada kerajaan sekiranya tidak menang secara majoriti pada pilihan raya umum akan datang.

“Kita tidak pelahap, sekiranya kita menang kita buat perubahan, sekiranya kita tidak menang kita jadi penasihat kepada kerajaan supaya buat perubahan.

Dalam pada itu, beliau yakin PAS akan menjadi ‘king maker‘ untuk membentuk kerajaan selepas pilihan raya umum.

“Kita berusaha sekurang-kurangnya dapat ‘simple majority‘…kalau tak dapat ‘simple majority‘, kita usaha dapat banyak kerusi yang menjadikan kita ‘king maker’.

“Semua parti tak boleh tubuh kerajaan, (mereka) kena jumpa kita (dahulu),” katanya. – 18 Mac 2018.