Laporan Kajian Semula Persempadanan Pilihan Raya Dibentang 28 Mac

Laporan kajian semula persempadanan kawasan pilihan raya bakal dibentangkan pada Rabu, 28 Mac ini, kata Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

“Draf berita Perlembagaan Persekutuan (persempadanan bahagian-bahagian pilihanraya) (Negeri-Negeri Tanah Melayu 2018)  telah diletakkan di atas meja ahli-ahli berhormat.

“Saya ingin ingatkan dokumen tersebut tidak boleh disiarkan, embargo sehingga ia dibentangkan Rabu 28 Mac,” katanya di awal persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Kali terakhir proses persempadanan semula kawasan pilihan raya di Selangor dilakukan pada 2003 dan sepatutnya dijalankan pada 2011 namun terpaksa ditangguhkan berikutan memberi tumpuan kepada PRU13 yang diadakan pada 5 Mei 2013.

Perkara 1139(2)(ii) Perlembagaan Persekutuan menetapkan proses persempadanan semula kawasan pilihan raya perlu diadakan dalam tempoh tidak kurang lapan tahun selepas setiap kali persempadanan semula sebelum itu dan tidak boleh melebihi tempoh 10 tahun.

Pada 2003, laporan akhir persempadanan semula diserahkan kepada Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi, pada Mac 10 sebelum dibentangkan di Dewan Rakyat pada 3 April tahun sama. – 22 Mac 2018.