Maria Chin Sertai PKR

Maria Chin Abdullah hari ini menyertai PKR bagi bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) ini.

Perkara itu diumumkan oleh Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar.

“Saya hari ini ingin mengumumkan bahawa Maria Chin Abdullah yang juga antara aktivis terkenal di Malaysia, akan menjadi sebahagian daripada keluarga PKR,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Maria bekas Pengerusi Bersih 2.0 sebelum ini mengumumkan akan meninggalkan kumpulan pemantau pilihan raya itu untuk bertanding pada PRU14, namun tidak menyatakan parti mana yang menjadi pilihannya.

Spekulasi mengatakan Maria akan menggantikan sama ada Naib Presiden PKR Tian Chua di Parlimen Batu atau Hee Loy Sian di Petaling Jaya Selatan. – 23 Mac 2018.