Bicara Dakwaan Rasuah Guan Eng Bermula Hari Ini

Perbicaraan kes dakwaan rasuah berhubung pembelian banglo dua tingkat membabitkan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng bermula hari ini di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang.

Pertuduhan terhadap Guang Eng dan seorang ahli perniagaan, Phang Li Koon dibacakan di hadapan hakim, Datuk Hadhariah Syed Ismail kira-kira jam 9.30 pagi.

Pihak pendakwaan diketuai oleh Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Masri Mohd Daud, manakala Lim diwakili barisan peguam diketuai Gobind Singh Deo.

Perbicaraan dijangka mengambil masa 23 hari sehingga akhir Mei ini.

Guan Eng dan isterinya Betty Chew dilihat tiba di mahkamah kira-kira jam 8.35 pagi.

Guan Eng sebelum ini mendakwa tuduhan terhadapnya bermotifkan politik. – 26 Mac 2018.