TMI Gantung Penerbitan Dalam 24 Jam

The Malaysian Insight (TMI) akan menggantung penerbitannya dalam tempoh 24 jam yang akan datang sehingga diberitahu kelak.

Editor dan ketua Eksekutifnya Jahabar Sadiq berkata, TMI akan menyusun semula portal berita ini untuk memberi khidmat kepada pembaca dengan lebih baik pada masa akan datang.

“Kami ingin merakamkan rasa terima kasih kepada semua pembaca yang budiman di Malaysia dan di mana saja atas dukungan dan sambutan selama ini,” katanya dalam satu kenyataan yang disiarkan portal tersebut hari ini.

Sebelum ini, Jahabar memaklumkan TMI akan menggantungkan penerbitannya buat sementara. – 28 Mac 2018.