Mukhriz Hasut Rakyat Supaya Tidak Mengenang Budi

Ketika kerajaan menyalurkan pelbagai bentuk bantuan tanpa mengira batasan politik, Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Datuk Seri Mukhriz Mahathir dalam keadaan terdesak sanggup menghasut rakyat supaya tidak berterima kasih dan mengenang budi dengan apa yang dinikmati mereka selama ini.

Dalam masa sama, Mukhriz yang juga Naib Presiden Pakatan Harapan diketuai DAP seperti biasa terus celupar apabila menyamakan bantuan yang diberikan kepada rakyat seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan pelbagai lagi sumbangan lain sebagai dedak.

“Jangan kita terpengaruh dengan bantuan, cabutan bertuah yang bertujuan memancing undi…. Jangan kita sesekali terasa terhutang budi, terima kasih (terhadap kerajaan). ini semua dedak hendak bagi kepada rakyat,” katanya dalam ceramah Himpunan Jelajah Pakatan Harapan Perlis di Gunung Medan, Utan Aji, Kangar.

Dalam ceramah tersebut, Mukhriz terus mengulangi skrip sama dengan menuduh kerajaan mencuri duit dalam isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) meskipun isu berkaitan syarikat itu sudah selesai. – 1 April 2018.