Mursyidul Am PAS Ingatkan Dr. Mahathir Supaya Bertaubat

Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin mengingatkan Tun Dr. Mahathir Mohamad supaya bertaubat dan kembali ke jalan Allah selepas melakukan pelbagai kesilapan yang menyinggung perasaan ramai pihak selama ini.

Beliau berkata, zaman Dr. Mahathir sudah lama berlalu dan Pengerusi Pakatan Harapan diketuai DAP itu sepatutnya sedar mengenainya dan tidak perlu lagi mengejar jawatan Perdana Menteri.

Dalam masa sama, Hashim juga menasihatkan Dr. Mahathir supaya berhenti menyinggung dan menyakiti perasaan sesiapa sahaja.

“Zaman beliau (Dr. Mahathir) sudah berakhir dan ini masanya untuk Dr. Mahathir kembali dekat dengan Allah. Banyak kesilapan Dr. Mahathir dengan manusia dan Allah selama ini.

“Sepatutnya Dr. Mahathir dekat dengan Allah daripada terus menumpukan urusan duniawi,” katanya. – 1 April 2018.