PAS Parti Merosakkan Negara Kata PKR

PKR mengakui PAS banyak membantu mereka khususnya daripada segi jentera ketika menghadapi pilihan raya sebelum-sebelum ini.

Bagaimanapun jasa dan pengorbanan parti Islam itu seolah-olah dilupakan dengan begitu sahaja.

Presiden PKR Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail ketika menyampaikan ceramah sempena Himpunan Jelajah Pakatan Harapan Perlis di Gunung Medan, Utan Aji, Kangar sanggup menghina bekas sekutunya itu.

Kata Wan Azizah, PAS parti yang merosakkan negara dan rakyat tidak boleh lagi bersama atau memberi sokongan kepadanya.

“Kita terhutang budi pada Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan PAS yang banyak menolong. Sekarang jangan lagi bersama mereka (PAS) yang merosakkan negara.

“Saya merayu kepada seluruh rakyat, kalau tidak sekarang bila lagi (tukar kerajaan,” katanya.

Sementara itu, Wan Azizah seolah-olah melupakan apa yang dilakukan Tun Dr. Mahathir Mohamad terhadap suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim semata-mata disebabkan kepentingan politik.

“Kita perlu melakukan pengorbanan untuk masa depan dengan bersama lupakan masa lalu. Luka memang terluka tetapi sekiranya tidak ubah, luka itu akan makin merebak,” katanya. – 1 April 2018.