SPR Bermesyuarat Tentu Tarikh-Tarikh Penting PRU14 Hari Ini

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini mengadakan mesyuarat khas bagi menentukan tarikh-tarikh penting Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Mesyuarat tersebut bermula pada pukul 10 pagi ini di ibu pejabat SPR yang dipengerusikan Pengerusinya, Tan Sri Mohd. Hashim Abdullah.

Mesyuarat itu bagi membincangkan tarikh writ pilihan raya, hari penamaan calon, hari pengundian awal dan hari pengundian serta daftar pemilih yang akan digunakan dalam PRU-14 serta persiapan-persiapan lain yang diperlukan bagi melaksanakan pilihan raya tersebut.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat lepas mengumumkan pembubaran Dewan Rakyat berkuat kuasa Sabtu lalu bagi memberi laluan kepada PRU14. – 10 April 2018.