9 Mei Diisytihar Cuti Umum

Ketika tarikh hari mengundi menjadi pertikaian pihak tertentu, kerajaan mengiystiharkan hari tersebut sebagai hari kelepasan am tambahan seluruh negara.

Semalam, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan tarikh mengundi bagi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) ditetapkan pada 9 Mei iaitu hari Rabu.

Susulan itu, beberapa pemimpin pembangkang termasuk Tun Dr. Mahathir Mohamad tampil mempertikaikan keputusan tersebut dengan alasan ia menyukarkan pengundi, terutamanya bagi pengundi luar dan luar negara untuk pulang mengundi.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) Shamsuddin Bardan berkata, majikan wajib meluluskan semua permohonan cuti untuk membolehkan pekerja mengundi pada 9 Mei yang jatuh pada hari Rabu.

“Jika alasannya untuk mengundi, majikan tidak boleh menolak permohonan itu.

“Sebaik sahaja pekerja mengatakan cuti itu adalah untuk mengundi, maka majikan tidak mempunyai pilihan, mereka wajib meluluskan permohonan itu,” kata Shamsuddin. – 11 April 2018.