BN Kelantan Umum Calon Sebelum 25 April

Barisan Nasional (BN) Kelantan dijangka mengumumkan calon mereka sebelum 25 April ini.

Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, pihaknya sudah mempunyai senarai lengkap calon yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) ini.

“Dulu kita umum 48 jam sebelum hari penamaan calon tapi kali ini mungkin lebih awal kita berbuat demikian.

“Maknanya 25 April sudah pasti akan keluar (senarai calon), jadi saya akan umumkan sebelum hari berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Dataran Tok Pa dan Astaka Padang Perdana di Jalan Dato Pati, Kota Bharu, hari ini. – 14 April 2018.

 

%d bloggers like this: