PAN Calon Cucu Tok Kenali Di DUN Demit

Cucu Tok Kenali  bakal dipertaruhkan untuk pertandingan tiga penjuru berdepan Barisan Nasional (BN) dan PAS di Dewan Undangan Negeri (DUN) Demit di bawah Parlimen Kubang Kerian dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) ini.

Dr. Wan Ahmad Kamil Wan Abdullah, 60, merupakan bekas pensyarah perubatan Universiti Sains Malaysia (USM) Kubang Kerian adalah penyelaras DUN Demit bagi parti PAN.

Wan Ahmad Kamil dijangka berdepan Penyelaras DUN Demit (UMNO Kubang Kerian), Mohd. Zuki Safin dan Dr. Ramli Mamat (PAS).

Ramli kini penyandang bagi DUN Bunut Payung, namun dikhabarkan akan berhijrah ke DUN Demit menggantikan Mumtaz Md. Nawi yang dikatakan tersingkir pada pilihan raya kali ini.

Mumtaz dipilih sebagai wakil rakyat bagi DUN Demit melalui PRU13 selepas menewaskan calon BN Wan Mohd. Nazi Wan Hamat dengan majoriti 8,581.

Wan Mohd. Nazi mendapat  6,721 undi manakala Mumtaz (15,302).

Berbanding Wan Ahmad Kamil, Mohd. Zuki juga anak kelahiran tempatan, merupakan calon muda yang tidak asing bagi segenap lapisan masyarakat Kubang Kerian.

Dan ia amat berbeza dengan Ramli walaupun telah berpengalaman sebagai wakil rakyat namun beliau dianggap sebagai orang luar (bukan calon tempatan). – 16 April 2018.