BN Kelantan Lancar Manifesto Khamis

Barisan Nasional (BN) Kelantan akan melancarkan manifestonya pada hari Khamis, 19 April iaitu kira-kira seminggu sebelum hari penamaan calon Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Majlis pelancaran secara besar-besaran itu akan sempurnakan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Datuk Seri Mustapa Mohameds di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Tunjung.

Majlis akan bermula dengan solat Maghrib, solat hajat dan solat Isyak berjemaah.

Menurut Mustapa, majlis pelancaran secara besar-besaran ini adalah yang pertama kali dilakukan BN Kelantan dan dijangka dihadiri 20,000 penyokong BN dari seluruh negeri

“Ini kali pertama kita lancar manifesto besar-besaran dan seluruh bahagian, sayap, parti komponen dan NGO (Pertubuhan bukan kerajaan) sedia memberi komitmen bagi menjayakan majlis ini,” katanya dalam sidang akhbar di Kota Bharu, Kelantan hari ini.

Tambahnya, manifesto BN Kelantan memfokuskan aspek berkaitan anak-anak muda, isu tanah, infrastruktur, wanita serta Islam dan usaha dakwah di negeri itu. – 17 April 2018.