PH Kedah Belum Tentu Calon MB

Apabila nama bekas Timbalan Presiden PPBM, Datuk Seri Mukhriz Mahathir diumumkan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jitra selepas turut tercalon di Parlimen Jerlun, ramai melihat anak Tun Dr. Mahathir Mohamad itu akan kembali menduduki kerusi nombor satu di Kedah.

Bagaimanapun persoalannya, adakah gabungan pembangkang PKR itu akan memberi laluan mudah kepada Mukhriz sekiranya mereka menang di negeri tersebut pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14),

Pada PRU-13 lalu, nama Mukhriz diumum awal sebagai calon Menteri Besar Kedah sekiranya Barisan Nasioal (BN) menang pada ketika itu, namun kali ini adakah peluang sama akan diberikan oleh gabungan pembangkang yang diwakili oleh PAN, DAP dan PKR yang pastinya juga mempunyai calon tersendiri.

Mukriz Ketika ditanya soalan tersebut selepas ceramah gabungan pembangkang PKR di Bulatan Lapangan Terbang Padang Mat Sirat, Langkawi Kedah seolah-olah beliau juga belum pasti mengenainya.

Jawab Mukhriz, gabungan tersebut masih belum memutuskan siapa calon Menteri Besar Kedah.

“Bagi memang dahulu, baru buat keputusan (siapa MB),” katanya.

Sementara itu, gabungan pembangkang PKR dilihat masih belum mencapai kata sepakat apabila masih belum menyenaraikan semua calon bagi kerusi DUN dan Parlimen di negeri ini.

“Saya masih belum mengetahui senarai calon PKR yang akan bertanding nanti, jadi saya tidak dapat memberi gambaran,” katanya.

Terdahulu, Dr. Mahathir mengumumkan calon PPBM yang bakal bertanding di 14 kerusi DUN dan enam kerusi Parlimen termasuk Langkawi.

Selain Jerlun dan Langkawi yang bakal diwakili oleh dua beranak tersebut, PPBM yang dibubarkan sementara juga bakal mengenengahkan calonnya di Parlimen Kubang Pasu; Pendang; Baling dan Jerai.

Kerusi DUN pula melibatkan Ayer Hitam; Bukit Kayu Hitam; Anak Bukit; Bukit Lada; Kuala Nerang; Sungai Tiang; Jeneri; Bayu; Guar Chempedak; Tanjung Dawai; Bandar Baru; Kuah dan Ayer Hangat. – 17 April 2018.