‘Raja Bomoh’ Tanding Parlimen, DUN?

‘Raja Bomoh’ membayangkan beliau akan bertanding dua kerusi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) ini.

‘Raja Bomoh’ atau nama sebenarnya Ibrahim Mat Zin bakal bertanding di kerusi Parlimen Teluk Intan dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Manjoi di Perak.

Ibrahim menjadi perhatian umum selepas melakukan amalan ritual bersama beberapa rakannya untuk mengesan kehilangan pesawat Malaysian Airline MH370 yang hilang daripada radar ketika perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 2014.

Pada April tahun lalu, Ibrahim mengaku bersalah di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan atas pertuduhan menghina agama Islam atau menyebabkan Islam dipandang hina.

Dia memohon maaf kepada semua umat Islam dan mengaku bahawa semua perbuatan ritual perbomohannya merupakan kesalahan dan menyalahi akidah.

Mahkamah kemudian mengarahkan beliau berkelakuan baik selama enam bulan, berikutan faktor umur dan keadaan kesihatannya. – 17 April 2018.