Denda RM10 Juta Jika Lompat Parti

PKR memperkenalkan satu dokumen perjanjian bagi mengikat wakil rakyat mereka melompat parti dengan membayar denda sebanyak RM10 juta.

Menurut sumber parti itu, amalan tersebut telah diamalkan sejak 2013 berikutan beberapa pemimpin mereka berubah arah selepas Pilihan Raya Umum 2008.

“Bagaimanapun, dalam pilihan raya umum lalu, calon-calon hanya berjanji secara lisan mereka akan membayar RM1 juta jika melompat parti, tetapi ia tidak didokumenkan.

“Sekarang kita sediakan dokumen yang sah,” katanya sambil mengesahkan kesemua calon di kerusi parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) telah menandatangani dokumen itu semalam.

PKR mengeluarkan watikah calonnya semalam. – 25 April 2018.