PAS Umum Tuan Ibrahim Tanding Parlimen Kubang Kerian

Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang diumum bertanding kerusi Parlimen Kubang Kerian dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) pada 9 Mei ini bakal berdepan dengan saingan tiga penjuru antara UMNO, PAS dan PAN.

Dalam majlis pengumuman calon Rabu lepas, UMNO Kelantan menamakan Datuk Seri Muhammad Abd. Ghani sebagai calon kawasan berkenaan.

Malam tadi PAS mengumumkan Tuan Ibrahim sebagai calon Parlimen Kubang Kerian.

Sementara itu, PAN dikatakan akan menurunkan Naib Pengerusi PAN Kelantan Datuk Dr. Abdul Halim Yusof.

Kerusi tersebut disandang Ahmad Baihaki Atiqullah dari PAS selepas menewaskan calon BN pada PRU13 dengan majoriti 16,741 undi. – 25 April 2018.