SPR Kelantan Jual 771 Borang, Jangka Meningkat Menjelang Penamaan Calon

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Kelantan telah menjual sebanyak 771 borang penamaan calon bagi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang dijadual pada 9 Mei ini.

Pengarahnya, Fakhrul Razi Ab Wahab berkata, jumlah itu termasuk 19 borang dijual kepada mereka yang mahu bertanding sebagai calon bebas membabitkan 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan lapan Parlimen.

Beliau menjangkakan, borang berkenaan lebih banyak akan dijual menjelang hari penamaan calon pada 28 April ini.

“Kita jangkakan jualan bertambah lagi menjelang hari penamaan calon pada Sabtu ini,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Fakhrul Razi memberitahu, pemilih yang berdaftar bagi penggal ini seramai 1.04 juta membabitkan kesemua 14 kerusi Parlimen dan DUN.

“KIta telah bersedia dengan 19,000 petugas yang akan membantu bagi melancarkan operasi SPR dalam pilihan raya ini,” katanya. – 25 April 2018.